Duniaku, Duniamu...

My Love,My World..

Isnin, 13 Februari 2012

GOTONG ROYONG BERSAMA WARIS

Salam 1 Malaysia...

Kelas Tabika Perpaduan Tmn. Kenari (1) telah mengadakan  Gotong Royong Bersama Waris pada 11 Februari 2012.Alhamdulillah,terlaksana jua hasrat cikgu untuk menceriakan kawasan persekitaran kelas tercapai jua walaupun ada lagi beberapa perkara yang tidak dapat disempurnakan kerana masa yang tidak mengizinkan. Insyaalah gotong royong yang ke2 akan menyusul selepas ini.
Terima kasih kepada semua waris kanak kanak yang sudi hadir memberi sumbangan tenaga,wang ringgit dan sumbangan makanan kepada kelas.
Beberapa keping gambar yang sempat di kongsi bersama....













Rabu, 8 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H

Assalamualaikumm...

Alhamdulilah selesai sudah aktiviti kelas yang pertama untuk kalendar Tahun 2012 iaitu Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kelas 1433H..seronok nampaknya anak anak tabika bila berpeluang pegang sepanduk dan bunga manggar..teruja sungguhh mereka..

Majlis bermula dengan Perarakan disertai semua kanak kanak dan ibu bapa yang hadir...Selesai perarakan majlis diteruskan dengan Bacaan Yassin yang diketuai oleh Muslimat Taman Kenari...Terima kasih kepada kumpulan bacaan yassin kerana sudi menerima jemputan dari cikgu...

Selesai Bacaan Yassin sedikit jamuan makan disediakan kepada semua yang sudi hadir..Terima kasih diucapkan kepada semua ibu  bapa yang hadir..yang memberi kerjasama dan pertolongan dari mula hingga tamat program. Jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi JPTP KTP Taman Kenari (1) yang baru dilantik tahun ini iaitu Encik Mohd. Hisham b. Mohd. Hashim dan Encik Mahamad Sabani b. Hussain  yang banyak membantu bagi melancarkan program ini...Terima kasih daun keladi kepada semuaaa...

Beberapa keping gambar yang sempat di rakamkan....:)









Ahad, 5 Februari 2012

SET ABC DAN NOMBOR...



Masih bersemangat lagi ni untuk hias kelas...Disini ingin cikgu share Set ABC dan NOMBOR untuk di tampal pada Pusat di kelas.. Simple jaa..:) 

Sabtu, 4 Februari 2012

CUTE A-Z DAN HURUF JAWI..



Hari ni dapat juga siapkan Cute A-Z dan Huruf Jawi untuk deco di kelas....Percubaan pertama hari ni,insyaalh akan teruskan sementara semangat menghias kelas masih ada..