Duniaku, Duniamu...

My Love,My World..

Isnin, 31 Oktober 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CHORAL SPEAKING PERINGKAT NEGERI KEDAH 2011

MERIAHNYA..!! Majlis Penyampaian Hadiah untuk Naib Juara Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Kedah 2011 yang telah diadakan pada 15Oktober 2011 yang lalu bertempat di Dewan IKM,Sungai Petani... Seramai 25 orang peserta Choral Speaking dan 22 orang peserta Tabikarama yang terdiri daripada kanak kanak Tabika Perpaduan Daerah Kulim telah diberi penghargaan.

Semua peserta telah menerima sebuah  beg sekolah dan Sijil Penghargaan serta tidak lupa satu set Chickey Meal KFC sebagai hadiah atas kemenangan mereka. Pelbagai aktiviti permainan turut disediakan oleh KFC untuk memeriahkan lagi majlis ini. Turut diraikan dua kanak kanak Tabika Perpaduan,Nur Qisya Daniela dan Nurin Imanina Insyirah pemegang kad Chicky Meal..:)

Beberapa detik kegembiraan kanak kanak ini dirakam untuk tontotan semua...layann..:)












Ahad, 30 Oktober 2011

PEMBELAJARAN DENGAN ICT

Hari ni saja ja cikgu nak pelbagaikan proses P&P,gunakan lagi ICT...Masih ada anak anak murid ni yang tak berani,takut menggunakan komputer walau dah beberapa kali cikgu gunakan pendekatan ini..Macam macam reaksi anak anak ni..ada yang terlebih excited dan tak kurang yang langsung x menunjukkan minat.... Tapi,cikgu akan pastikan anak anak ini tidak kekok dan berasa selesa dengan alat canggih ini..anak anak zaman moden ni tak boleh la kalah dengan ICT.. Beberapa pic yang sempat cikgu snap untuk menghiasi blog ini...jom layann!!

Arif Syazwan dipujuk berulang kali untuk mencuba memegang komputer,takut katanya....

Minat sungguh...

Huzairi...anak pintar ICT..

Nabila...akhirnya mahir jua..

Yang lain tak sabar menunggu giliran..

Excited sungguh Hakimi...

Sabtu, 29 Oktober 2011

MENANGANI ANAK MANJA ANDA..:)


Runsing kan kalau mempunyai anak kecil yang terlalu manja?. Apatah lagi sekiranya manjanya itu sehingga mengganggu kemampuannya untuk berdikari.
Berikut adalah tips bagaimana menangani anak yang terlalu manja :
1. Merefleks kembali kepada sejarah lampau yang telah dilalui dengan anak. Kita perlu sedar bahawa apa yang telah berlaku di masa lalu bukanlah suatu alasan untuk terus memanjakan anak. Mungkin anak pernah melalui masa gelap, fobia terhadap sesuatu, atau apa pun alasan, kita harus terus bersikap objektif dalam mendidik anak. Tidak terlalu keras dan tidak pula sehingga memudaratkan masa depan anak.
2. Jangan terlalu sentiasa menumpukan perhatian kepada anak dan kehendaknya sahaja. Anak juga perlu diajar untuk memberi perhatian dan empati kepada persekitarannya dan memahami bahawa setiap orang juga punya kehendak dan perasaan.
3. Sekiranya anak merengek meminta perhatian, cuba alih perhatiannya terlebih dahulu dengan mengingatkannya tentang sesuatu ganjaran baik yang akan dia dapatkan sekiranya menjadi anak yang baik. Peringatan tentang ganjaran menjadi seorang yang baik ini harus selalu diulang-ulang kepada anak-anak.
4. Ajarkan anak cara bergaul yang baik. Misalnya, dengan mengajarkan anak kita meminjamkan barang yang diperlukan oleh temannya.
5. Berikan pelukan kasih sayang dan kata-kata yang membuat dirinya tenang.
6. Sekiranya keinginan anak bermanja secara tiba-tiba meningkat dan nampak dengan jelas ada reaksi pada waktu-waktu tertentu. Berikanlah waktu khusus untuk memenuhi kehendaknya itu secara beransur-ansur. Jadi lakukan perubahan secara berperingkat. Kurangkan sedikit demi sedikit, jangan terus berubah.

Sabtu, 22 Oktober 2011

TEKNIK MEMBACA BARU CAHAYAKU

Alhamdulillah....kami guru guru Tabika Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu telah di beri peluang selama 3 hari untuk mempelajari teknik dan kaedah membaca Cahayaku. Terima kasih tidak terhingga kepada JPNIN Negeri Kedah kerana telah memberi peluang ini kepada kami..

Saya sendiri berasa sangat bersyukur kerana telah lama menunggu dan tercari cari satu kaedah yang yang boleh digunakan untuk mengajar anak anak murid membaca dengan cepat dan berkesan..Cahayaku satu kaedah membaca yang sangat sesuai untuk kanak kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dan kanak kanak yang mempunyai masalah dalam menerima pembelajaran...

Insyaalah,dengan adanya teknik dan kaedah ini nanti,dapatlah saya berkongsi ilmu ini dengan anak anak didik tersayang....semoga dipermudahkan segalanya,Aminn...

Rakan rakan seperjuangan..
BUKU TEKNIK MEMBACA 1 DAN 2..
 Rakan rakan seperjuangan..

 Perkongsian ilmu...
Menerima Sijil Layak Mengajar Teknik Membaca Cahayaku..

Ahad, 16 Oktober 2011

PERTANDINAGN CHORAL SPEAKING PERINGKAT NEGERI KEDAH

 Naib Johan Choral Speaking Peringkat Negeri Kedah...Anak anak cerdik pintar...
Barisan Jurulatih Choral Speaking Daerah Kulim/B.Baharu..

TAHNIAH!!! Kepada semua Guru,Penolong Guru dan anak anak Tabika Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu yang telah memberikan sokongan kepada Team Choral Speaking Kulim/B.Baharu....Naib Johan telah menjadi milik kita,Tahniah!!!!...Next Year kita cuba lagi...,salam sayang,dear..:)