Duniaku, Duniamu...

My Love,My World..

Memaparkan catatan dengan label aktiviti kelas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti kelas. Papar semua catatan

Isnin, 13 Februari 2012

GOTONG ROYONG BERSAMA WARIS

Salam 1 Malaysia...

Kelas Tabika Perpaduan Tmn. Kenari (1) telah mengadakan  Gotong Royong Bersama Waris pada 11 Februari 2012.Alhamdulillah,terlaksana jua hasrat cikgu untuk menceriakan kawasan persekitaran kelas tercapai jua walaupun ada lagi beberapa perkara yang tidak dapat disempurnakan kerana masa yang tidak mengizinkan. Insyaalah gotong royong yang ke2 akan menyusul selepas ini.
Terima kasih kepada semua waris kanak kanak yang sudi hadir memberi sumbangan tenaga,wang ringgit dan sumbangan makanan kepada kelas.
Beberapa keping gambar yang sempat di kongsi bersama....













Rabu, 8 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H

Assalamualaikumm...

Alhamdulilah selesai sudah aktiviti kelas yang pertama untuk kalendar Tahun 2012 iaitu Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kelas 1433H..seronok nampaknya anak anak tabika bila berpeluang pegang sepanduk dan bunga manggar..teruja sungguhh mereka..

Majlis bermula dengan Perarakan disertai semua kanak kanak dan ibu bapa yang hadir...Selesai perarakan majlis diteruskan dengan Bacaan Yassin yang diketuai oleh Muslimat Taman Kenari...Terima kasih kepada kumpulan bacaan yassin kerana sudi menerima jemputan dari cikgu...

Selesai Bacaan Yassin sedikit jamuan makan disediakan kepada semua yang sudi hadir..Terima kasih diucapkan kepada semua ibu  bapa yang hadir..yang memberi kerjasama dan pertolongan dari mula hingga tamat program. Jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi JPTP KTP Taman Kenari (1) yang baru dilantik tahun ini iaitu Encik Mohd. Hisham b. Mohd. Hashim dan Encik Mahamad Sabani b. Hussain  yang banyak membantu bagi melancarkan program ini...Terima kasih daun keladi kepada semuaaa...

Beberapa keping gambar yang sempat di rakamkan....:)









Khamis, 17 November 2011

MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA PERPADUAN 2011

Selesai sudah,Alhamdulillah.......Majlis Konvokesyen yang telah berjalan dengan lancar dan meriah telah selesai diadakan pada 16 November 2011..Majlis ini telah dirasmikan olh Ybhg En. Mohd Saidi b. Midin,Pengarah JPNIN Negeri Kedah Darul Aman.

TAHNIAH kepada anak anak didik Tabika Perpaduan yang telah berjaya menjalani sesi pembelajaran tahun 2011 dengan jayanya. Kepada semua Pegawai,Guru Guru dan Penolong Guru dan waris Tabika Perpaduan jutaan terima kasih diucapkan kerana telah memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis ini..

Jumpa lagi tahun 2012..Terima Kasih semua..:)
















KENANGAN BERSAMA PEGAWAI DAN GURU GURU TABIKA PERPADUAN 
DAERAH KULIM B/BAHARU..

Isnin, 14 November 2011

MAJLIS PERPISAHAN

Majlis Perpisahan untuk kanak kanak KTP Tmn Kenari 1 telah diadakan pada 10.11.2011 di kelas dengan  meriah. Beberapa gambar sempat di snap,layann...:)

 Antara hidangan yang disumbangkan oleh waris2..terima kasih semua..

 Penyampaian Sijil Kehadiran kpd semua kanak kanak KTP Tmn Kenari 1

 Selamat Menjamu selera semua...
 Anak Anak kesayangan cikgu..:)

Ahad, 16 Oktober 2011

PERTANDINAGN CHORAL SPEAKING PERINGKAT NEGERI KEDAH

 Naib Johan Choral Speaking Peringkat Negeri Kedah...Anak anak cerdik pintar...
Barisan Jurulatih Choral Speaking Daerah Kulim/B.Baharu..

TAHNIAH!!! Kepada semua Guru,Penolong Guru dan anak anak Tabika Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu yang telah memberikan sokongan kepada Team Choral Speaking Kulim/B.Baharu....Naib Johan telah menjadi milik kita,Tahniah!!!!...Next Year kita cuba lagi...,salam sayang,dear..:)

Selasa, 2 Ogos 2011

BUAT SENDIRI SANDWICH:)

HHaa,sebelum berpuasa baru baru ni cikgu ada bagi peluang untuk anak anak bt roti sandwich sendiri.. Sambutan sangatlah menggalakkan..yg tak biasa dan x lalu makan pun turut sama cuba..Memang betul la, anak anak ni lebih berpuas hati dengan apa yg mereka lakukan..Bila dah buat sendiri tu,faham faham lah..berkali kali nak lagi..Mmg best la buat aktiviti ni bersama anak anak..:)


 Bahan bahanya...mudah aje...





 Dah siap dah..sedapnya..!!





Selamat Mencuba,Cubalah sendiri,pasti puas hati...:)