Duniaku, Duniamu...

My Love,My World..

Rabu, 8 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H

Assalamualaikumm...

Alhamdulilah selesai sudah aktiviti kelas yang pertama untuk kalendar Tahun 2012 iaitu Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kelas 1433H..seronok nampaknya anak anak tabika bila berpeluang pegang sepanduk dan bunga manggar..teruja sungguhh mereka..

Majlis bermula dengan Perarakan disertai semua kanak kanak dan ibu bapa yang hadir...Selesai perarakan majlis diteruskan dengan Bacaan Yassin yang diketuai oleh Muslimat Taman Kenari...Terima kasih kepada kumpulan bacaan yassin kerana sudi menerima jemputan dari cikgu...

Selesai Bacaan Yassin sedikit jamuan makan disediakan kepada semua yang sudi hadir..Terima kasih diucapkan kepada semua ibu  bapa yang hadir..yang memberi kerjasama dan pertolongan dari mula hingga tamat program. Jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi JPTP KTP Taman Kenari (1) yang baru dilantik tahun ini iaitu Encik Mohd. Hisham b. Mohd. Hashim dan Encik Mahamad Sabani b. Hussain  yang banyak membantu bagi melancarkan program ini...Terima kasih daun keladi kepada semuaaa...

Beberapa keping gambar yang sempat di rakamkan....:)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan